Trofi Piala Dunia FIFA

Rencana utama: Trofi Piala Dunia FIFA

Daripada 1930 hingga ke 1970, Trofi Jules Rimet telah dihadiahkan kepada pemenang piala berkenaan. Pada mulanya ia dikenali sebagai Piala Dunia,World Cup atau Coupe du Monde tetapi dinamakan semula dalam tahun 1946 di atas jasa presiden FIFA yang telah menguruskan kejohanan pertama. Dalam 1970, kemenangan ketiga Brazil dalam kejohanan tersebut membolehkan mereka menyimpan trofi berkenaan selama-lamanya. Bagaimanapun, trofi berkenaan telah dicuri pada tahun 1983, dan tidak pernah ditemui kembali.[9]

Selepas 1970, satu trofi baru dikenali sebagai Trofi Piala Dunia FIFA telah direka. Trofi ini tidak dihadiahkan kepada negara-negara pemenang selama-lamanya walaupun berapa banyak Piala Dunia yang telah mereka menang.[10] Argentina, Jerman (Jerman Barat) dan Brazil telah memenangi trofi berkenaan dua kali. Ia tidak akan diturunkan sehingga nama plak telah dipenuhkan dengan nama-nama negara pemenang dalam tahun 2038.

Rujukan

WikiPedia: Piala Dunia FIFA http://www.fifa.com/en/history/history/0,1283,4,00... http://www.fifa.com/en/index.html http://www.fifa.com/en/marketing/newmedia/index/0,... http://www.fifa.com/fifa/pub/newsletter/fifanews.6... http://www.fifa.com/infoplus/IP-201_02E_WC-origin.... http://www.fifa.com/mm/document/fifafacts/mcwc/ip-... http://www.fifa.com/tournaments/archive/worldcup/b... http://www.fifa.com/tournaments/archive/worldcup/u... http://www.fifa.com/worldcup/index.html http://www.planetworldcup.com